Kenderaan perisai Mildef tumpuan Malaysia Autoshow 2024

Selain kenderaan Tarantula, cenderahati kenderaan berkenaan turut mendapat sambutan orang ramai.
Selain kenderaan Tarantula, cenderahati kenderaan berkenaan turut mendapat sambutan orang ramai.
A
A
A

SHAH ALAM - Kenderaan berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4x4) Tarantula dan kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) Rentaka buatan tempatan menjadi tumpuan pengunjung yang hadir ke Malaysia Autoshow 2024.

Pengarah urusan Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef), Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, kehadiran dua kenderaan perisai itu dianggap luar biasa kerana Malaysia Autoshow 2024 merupakan pameran automotif.

"Mildef menerima jemputan daripada pihak penganjur iaitu Institut Robotik Automotif dan IoT (MARii) untuk mempamerkan produk keluaran tempatan dalam industri pertahanan.

Tarantula yang dipamerkan oleh Mildef turut mencuri perhatian Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tarantula yang dipamerkan oleh Mildef turut mencuri perhatian Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Ini adalah kali pertama Mildef menyertai pameran automotif di MAEPS dan sambutan sangat memberangsangkan. Kenderaan Tarantula merupakan varian awal manakala yang terkini telah dibuat pengubahsuaian mengikut spesifikasi serta keperluan tentera darat.

“Tarantula dikendalikan tiga kru dan boleh membawa penumpang atau anggota tentera dengan laluan keluar masuk melalui pintu sisi serta belakang kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut Mohd Nizam berkata, Tarantula telah melalui pelbagai ujian daripada kumpulan uji nilai Tentera Darat dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk melihat Tarantula yang dipamerkan oleh Mildef semata-mata ingin merasai pengalaman menaiki kenderaan berkenaan.
Orang ramai sanggup beratur panjang untuk melihat Tarantula yang dipamerkan oleh Mildef semata-mata ingin merasai pengalaman menaiki kenderaan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, bagi HMLTV Rentaka pula bersaiz kecil sedikit dengan tahap perlindungan agak ringan berbanding Tarantula.

"HMLTV juga telah melepasi ujian mobiliti, ujian tembakan dan ujian tahap perlindungan. Menerusi penyertaan ini kita berjaya mengubah tanggapan rakyat berkaitan kemampuan negara dalam menghasilkan kenderaan perisai.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacobmeluangkan masa meninjau kereta berperisai Tarantula di Auto Show 2024.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacobmeluangkan masa meninjau kereta berperisai Tarantula di Auto Show 2024.

“Kita juga berjaya membuat pengunjung kagum dengan hasil rakyat Malaysia dan kepakaran anak Melayu tempatan dalam menghasilkan kenderaan perisai 4x4 dan lain-lain.

“Harapan saya dengan teknologi tempatan ini memberi kelebihan kepada kami untuk membekal kepada negara produk pertahanan dari Malaysia, buatan Malaysia untuk Malaysia,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!