Minuman keras, rokok tidak bercukai RM3.1 juta dirampas

Antara hasil rampasan dalam Ops Taring Alpha 1 dan 2 Rabu lalu.
Antara hasil rampasan dalam Ops Taring Alpha 1 dan 2 Rabu lalu.
A
A
A

BINTULU - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) merampas minuman keras dan rokok tidak bercukai dengan anggaran nilai RM3.1 juta dalam serbuan Op Taring Alpha 1 dan 2, Rabu lalu.

Menerusi kenyataan, MCBA memaklumkan operasi yang diketuai oleh Biro Siasatan Jenayah Hidupan Liar, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman serta Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5, Sarawak turut menyita dua buah kenderaan yang digunakan dalam kegiatan penyeludupan tersebut.

"Enam individu, terdiri daripada empat warga Indonesia dan dua warga India, telah ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan ini," katanya pada Khamis.

Ujar agensi itu, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa dalam membanteras aktiviti penyeludupan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

"MCBA dan PDRM melalui JKDNKA komited untuk terus bekerjasama dalam memerangi jenayah dan memastikan undang-undang sentiasa dipatuhi," ujar MCBA.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!