KPDN sedia tingkat penguatkuasaan tangani harga barang

Armizan (empat dari kanan) menyerahkan replika fleet card kepada wakil syarikat minyak sebagai simbolik selepas Majlis Penyerahan Fleet Card di kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara Lebuhraya Grand Sepadu pada Khamis.
Armizan (empat dari kanan) menyerahkan replika fleet card kepada wakil syarikat minyak sebagai simbolik selepas Majlis Penyerahan Fleet Card di kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara Lebuhraya Grand Sepadu pada Khamis.
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan meningkatkan tindakan penguatkuasaan selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi bahan api diesel.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN akan mengumumkan beberapa pendekatan terbaik bagi menangani kenaikan harga barang.

"Itu sebab kerajaan tidak tergesa gesa untuk menggerakkan (mengumumkan semula subsidi bahan api diesel)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Fleet Card di kawasan Rehat dan Rawat Klang Utara Lebuhraya Grand Sepadu pada Khamis.

Beliau memberitahu, di peringkat kementeriannya, sudah pasti semua perkara diambil kira termasuk mengenai peningkatan harga barang.

"Kita ada (beberapa) pendekatan yang akan kita umumkan kelak sebaik kerajaan mengumumkan tarikh penyasaran semula subsidi diesel.

"Tindakan ini dilakukan bagi memastikan tiada pihak yang melakukan pencatutan terhadap barang keperluan," ujarnya.

Sebelum ini, pembangkang menegur perutusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menjawab persoalan paling besar berkaitan penyasaran subsidi bahan api.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan gagal menjelaskan bila tarikh penyasaran semula subsidi minyak akan dikuatkuasakan dan mekanisme kerajaan menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!