Kongkang, pelbagai spesies burung dijual di rumah dirampas

Spesies disyaki kongkang dan pelbagai spesies burung dilindungi yang dirampas menerusi Op Bersepadu Khazanah di sebuah kediaman di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Ahad lalu.
Spesies disyaki kongkang dan pelbagai spesies burung dilindungi yang dirampas menerusi Op Bersepadu Khazanah di sebuah kediaman di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Ahad lalu.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kegiatan menjual pelbagai spesies hidupan liar dengan menjadikan sebuah rumah di Kampung Tanah Kebun, di sini sebagai tempat simpanan terbongkar, Ahad lalu.

Aktiviti yang dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dikesan hasil risikan sepasukan Unit Risikan Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Pinang bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, Op Taring Landai dan Op Bersepadu Khazanah itu dijalankan kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, pelbagai spesies burung dirampas iaitu disyaki empat ekor green checked conure, masked love bird (6 ekor), sun conure (1 ekor), peach faced love bird (10 ekor), fischer love bird (6 ekor) dan rose ringed parakeet (1 ekor).

"Turut dirampas ialah seekor kongkang. Kesemua hidupan liar ini ditemui di pondok hadapan rumah suspek," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, anggaran nilai rampasan berjumlah RM15,000.

Katanya, dipercayai lelaki terbabit terlibat aktiviti menjual beli hidupan liar tanpa permit atau dokumen sah daripada Jabatan Perhilitan.

Tegasnya, suspek dan kesemua rampasan telah dibawa ke Pejabat Perhilitan Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] Pindaan 2022 [Akta A 1646].

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!