Dua pemandu mabuk ditahan

Sekatan jalan raya yang dijalankan pada awal pagi Khamis. - Foto Polis Iskandar Puteri, gambar kecil: Kumarasan
Sekatan jalan raya yang dijalankan pada awal pagi Khamis. - Foto Polis Iskandar Puteri, gambar kecil: Kumarasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Seramai dua lelaki warga tempatan ditahan dalam sekatan jalan raya Ops Mabuk di Jalan Sungai Danga, di sini pada awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, kedua-dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 39 tahun itu ditahan kerana didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri telah menjalankan SJR di Jalan Sungai Danga mulai jam 11 malam Rabu hingga 5 pagi Khamis.

“Dalam operasi selama enam jam itu, seramai 35 individu dan 26 kenderaan telah diperiksa.

"Daripada jumlah tersebut kami telah mengeluarkan 17 keping notis sama atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Polis memandang serius perkara ini dan memberikan amaran keras kepada pemandu yang masih berdegil bahawa pihak polis tidak akan berkompromi dengan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Operasi berterusan akan dijalankan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!