Hapuskan biokrasi, baiki sistem penyampaian dalam KPM - Puad

Mohd Puad - Foto Bernama
Mohd Puad - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menghapuskan biokrasi dan memperbaiki semula sistem penyampaian sedia ada terutama dalam melibatkan peruntukan menaik taraf sekolah daif.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, masalah tersebut menyebabkan sekolah daif yang memerlukan proses naik taraf di negeri ini tetapi tidak dapat dilaksanakan sehingga kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, perkara itu disentuh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam sesi penggulungan pada hari terakhir sidang DUN Johor baru-baru ini.

"YAB Menteri Besar Johor mendedahkan terdapat 19 buah sekolah daif di Johor. Sebanyak 14 daripasanya sudah lulus peruntukan untuk naik taraf pada tahun 2021. Tetapi tidak dilaksanakan hingga ke hari ini.

"Tiada penjelasan terbuka dari KPM. Menteri senyap. Inikah budaya kerja Kementerian Pelajaran Malaysia," soalnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata, sebelum ini KPM pernah memulangkan RM800 juta kerana tidak dibelanjakan.

"Bila sekolah pedalaman mohon bajet jawapannya ialah tiada peruntukan. Menteri, Timbalan, KSU (Ketua Setiausaha), Pengarah Negeri dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) kena kerap buat lawatan mengejut. Tengok sendiri sekolah daif.

"Semak balik 'delivery system' sedia ada. Elok serah sahaja peruntukan itu kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan. Hapuskan birokrasi di KPM," ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!