Daftar Pemilih Tambahan April 2024 sudah dibuka, boleh mula semak

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Daftar Pemilih Tambahan April 2024 (DPT BLN4/2024) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini telah dibuka untuk semakan selama 30 hari bermula 21 Mei sehingga 19 Jun 2024.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak berkata, DPT BLN4/2024 mengandungi 36,598 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 30 April 2024 telah didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.

Menurutnya, jika nama tersebut tidak disenaraikan dalam DPT BLN4/2024 boleh membuat tuntutan secara dalam talian.

“Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh ini dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah membuat permohonan pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status perlu menyemak nama mereka.

“Sebanyak 5,204 orang pula berdaftar untuk bertukar bahagian pilihan raya manakala 2,452 orang pula bertukar status atau kategori pengundi.

“Sekiranya mendapati namanya tidak disenaraikan mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, menurut Indera Ikamalrudin, mereka yang telah berdaftar dan membuat bantahan ke atas kemasukan nama dalam pertukaran bahagian pilihan raya perlu mengisi borang D.

Tambah beliau,sebarang pertanyaan mengenai urusan semakan boleh melayari portal rasmi SPR di pautan https://www.spr.gov.my dan hubungi SPR di talian 03-8892 7218 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Artikel Berkaitan:

“Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun dari portal Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my.

“Mereka perlu mengemukakan borang kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri berkenaan untuk membuat serahan dan membayar fi bantahan pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja sepanjang tempoh semakan DPT BLN4/2024,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!