Perodua pamer prototaip EV pertama

Perodua pamer prototaip EV pertama dalam Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada Selasa.
Perodua pamer prototaip EV pertama dalam Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada Selasa.
A
A
A

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mempamerkan kenderaan elektrik (EV) prototaip daripada Myvi Conversion pertamanya yang dikenali sebagai Emo-1 dalam Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada Selasa.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, prototaip EV berkenaan mempunyai tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa, rangkaian penggerak kuasa dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia.

“Manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa pula dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

“Proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kerjasama ini bertujuan untuk memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Perodua pamer prototaip EV pertama dalam Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada Selasa.
Perodua pamer prototaip EV pertama dalam Malaysia Autoshow 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada Selasa.

Tambah Zainal Abidin, kerjasama yang bermula sejak September 2022 itu bagi membangunkan rangkaian penggerak kuasa EV dari peringkat asas.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan membuka peluang kepada semua pihak untuk meningkatkan kepakaran dan kemampuan masing-masing dalam bidang EV.

Artikel Berkaitan:

“Ini permulaan bagi kami dan mahu ia dekat dengan hati rakyat Malaysia. Kami memilih Perodua Myvi sebagai model pilihan kerana ia model kereya yang telah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia.

“Walaupun rupa sebenar EV kami berbeza daripada apa yang dipamerkan tetapi yakinlah bahawa kereta EV Perodua bakal membuat kemunculan dalam pasaran.

“Kami ingin mengajak orang ramai untuk singgah ke ruang pameran Perodua untuk melihat sendiri Perodua Myvi Conversion di samping menyertai pelbagai kempen menarik yang kami sediakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zainal Abidin turut mengalu-alukan kedatangan pelanggan untuk berinteraksi dengan kakitangannya bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perodua.

“Contohnya, maklumat berkenaan Standard Outlet Baharu kami yang dilaksanakan bertujuan memberikan pengalaman yang lancar kepada pelanggan di pusat 3S kami,” katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!