Projek mitigasi banjir di Puchong siap hujung tahun ini

Sze Han menunjukkan pelan lokasi projek mitigasi bagi atasi banjir kilat di Puchong khususnya di hadapan pusat beli-belah IOI Mall.
Sze Han menunjukkan pelan lokasi projek mitigasi bagi atasi banjir kilat di Puchong khususnya di hadapan pusat beli-belah IOI Mall.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek mitigasi banjir di Puchong membabitkan peruntukan RM5 juta dijadual siap hujung tahun ini.

Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, daripada jumlah itu, sebanyak RM4.7 juta diperuntukkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Litrak dan IOI untuk projek mitigasi banjir Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhadapan pusat beli-belah IOI Mall.

Sze Han.
Sze Han.

Menurutnya, selain itu, sebanyak tiga kerja penyelenggaraan saliran di Bandar Puteri, Puchong Indah dan Batu 14 Puchong turut akan dilakukan bagi menyelesaikan isu banjir kilat di sana.

"Projek mitigasi banjir dari IOI Business Park ke tasik takungan belakang IOI Mall telah siap 50 peratus dan dijangka selesai hujung tahun ini.

"Selepas projek ini siap, ia akan disusuli penyelenggaraan saliran dan naik taraf longkang bagi melancarkan pergerakan air di sana," katanya pada sidang akhbar mengenai penyesaian masalah banjir LDP di Bangunan Kerajaan Negeri pada Selasa.

Sze Han berkata, kesemua projek tersebut dijangka menyelesaikan masalah kekerapan banjir kilat disebabkan hujan lebat di kawasan itu.

"Target kita supaya tidak berlaku lagi banjir kilat tetapi perubahan cuaca menyebabkan taburan hujan tidak menentu dan taburan hujan tinggi seperti berlaku dua minggu lepas.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun ini tidak bermakna kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan dan semua projek ini adalah inisiatif menyelesaikan isu berkenaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!