Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat Johor bakal nikmati Perkhidmatan ETS hujung tahun ini

A
A
A

BERITA SEMASA 14 MAC 2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, bahagian infrastruktur Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru dijangka siap pada hujung tahun ini.

Tambahnya, dengan siapnya infrastruktur jajaran itu, perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang kini beroperasi hingga stesen Gemas, akan dilanjutkan ke stesen Johor Bahru.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dilontarkan oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mengenai perkembangan projek tersebut.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com