Masa depan Van Dijk di Liverpool cetus tanda tanya

Virgil van Dijk. Foto: EPA
Virgil van Dijk. Foto: EPA
A
A
A

TONGGAK pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk mengakui dia masih belum mengadakan perbincangan mengenai lanjutan kontrak di Anfield, tetapi menegaskan dia tidak bercadang untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Van Dijk menghampiri 12 bulan terakhir dalam kontraknya bersama pasukan itu dan dia juga dikatakan akan mengikut jejak Jurgen Klopp yang meninggalkan pasukan musim ini.

Bagaimanapun, meninggalkan The Reds bukan dalam perancangannya kerana dia mendedahkan keterujaannya untuk bersaing dengan Manchester City untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

“Masa depan saya tidak penting buat masa ini. Apa yang penting adalah kesedihan hari ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Klopp.

"Buat masa ini tiada apa yang boleh saya katakan. Tiada apa-apa yang berubah dan tiada kontrak baharu di atas meja. Tiada perubahan dalam situasi saya sama sekali," katanya.

Mengenai masa depan Liverpool tanpa Klopp, Van Dijk menambah: "Perubahan besar-besaran. Bukan sahaja pengurus tetapi terdapat beberapa jabatan dalam kelab yang menyaksikan ramai kakitangan yang akan pergi.

“Perubahan kadangkala agak menakutkan kerana anda berada dalam keadaan yang tidak diketahui.

"Tetapi, satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan ialah mempercayai kelab dan kami akan mengetahui bagaimana situasinya apabila kami kembali dan melaporkan diri untuk pramusim," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!