Ancam bunuh, tindakan ekstrem semakin membimbangkan

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

TINDAKAN yang menjurus kepada ekstremisme semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini sama ada melalui ugutan atau sehingga mendatangkan kecederaan kepada individu.

Bukan sahaja rakyat malah pemimpin politik juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa ekstremisme tersebut.

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana menerima ugutan bunuh ditulis di atas kertas bersaiz A4 bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.

Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP itu berkata, kejadian tersebut seolah-olah tidak masuk akal malah beliau mempersoalkan kesalahan yang telah dilakukan sehingga menerima ugutan bunuh.

Justeru satu laporan polis dibuat dan pihak berkuasa telah menjalankan pemeriksaan.

Rentetan itu, beberapa pemimpin politik turut menyatakan solidariti dan mengutuk sekeras-kerasnya insiden ugutan bunuh terhadap Teresa.

Melalui kejadian ini, dapat diperhatikan bahawa semangat perkauman seolah-olah sengaja diwujudkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik sama ada secara sengaja atau tidak.

Ia sesuatu yang membimbangkan lebih-lebih lagi apabila kebelakangan ini beberapa elemen mula menampakkan semangat perkauman yang lebih vokal dan menjurus ke arah ekstremisme.

Artikel Berkaitan:

Malah tinjauan di media sosial turut mendapati ada pihak yang menyokong tindakan ekstrem tersebut kerana beranggapan ia sebagai satu 'pelajaran' kepada pemimpin itu sendiri.

Namun ia satu perkara yang tidak sihat dan boleh menyebabkan perpecahan dalam kaum memandangkan Malaysia sebuah negara yang penduduknya harmoni dan menolak semangat perkauman yang terlalu sempit.

Justeru itu, diharapkan agar semua masyarakat dapat mengelakkan daripada menyentuh atau berkata-kata berkait isu-isu sensitif yang boleh mencetuskan ketidakpuasan hati kaum lain.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!