65 murid alami keracunan makanan

Murid yang mengalami keracunan diberi rawatan awal. Foto pembaca
Murid yang mengalami keracunan diberi rawatan awal. Foto pembaca
A
A
A

SUNGAI PETANI - Kira-kira 65 murid sesi pagi di Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya di sini menerima rawatan selepas disyaki mengalami keracunan makanan pada Isnin.

Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Zubir Othman berkata, kesemua murid tahun empat, lima dan enam itu dikatakan mengalami gejala keracunan iaitu sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Menurutnya, kesemua mereka didakwa mengalami simptom berkenaan selepas dikatakan makan kuetiau sup semasa waktu rehat.

"Mereka dikatakan mengalami gejala selepas makan kuetiau sup.

"Pihak sekolah kemudiannya menghubungi talian kecemasan MERS 999 selepas ramai murid mula menunjukkan simptom keracunan lebih kurang pukul 12 tengah hari tadi," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, pihak sekolah menyediakan kelas khas untuk dijadikan lokasi rawatan awal oleh kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan staf Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.

"Tujuh murid kemudiannya dibawa untuk rawatan lanjut di Zon Kuning HSAH dan dilaporkan stabil," katanya.

Menurut Zubir, pihak PIBG dan pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih kepada kakitangan HSAH dan PKD Kuala Muda atas tindakan segera memberikan rawatan kepada semua murid terlibat.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kantin sekolah berkenaan diperintahkan tutup sementara selama tiga hari bermula Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!