Najis tikus di dapur, restoran diarah tutup

Najis tikus yang ditemui di ruang belakang dapur di sebuah restoran pada Isnin.
Najis tikus yang ditemui di ruang belakang dapur di sebuah restoran pada Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR - Sebuah restoran di daerah ini diarahkan tutup 14 hari susulan penemuan najis tikus di ruang belakang dapur berkenaan pada Isnin.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Mohd Hasry Nor Mohd berkata, najis itu ditemui semasa pemeriksaan dilakukan sepasukan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS pada jam 10 pagi.

Menurut beliau, selain najis tikus, premis terbabit didapati melakukan kesalahan dengan melepaskan sisa makanan ke dalam longkang awam.

"JPSPPA telah mengeluarkan satu notis tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 20, Establisymen Makanan 2007.

"Selain itu, sebanyak dua kompaun dikeluarkan atas kesalahan Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mohd Hasry memberitahu, premis terbabit telah diarah tutup serta-merta berkuat kuasa Isnin berikutan kesalahan berkenaan.

"Pemeriksaan lanjutan akan dilakukan dari semasa ke semasa," jelas beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!