Pemotong rumput cedera kena tembakan senapang angin

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang pemotong rumput cedera dipercayai akibat terkena tembakan senapang angin dalam kejadian di sebuah taman di Luyang di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun mengalami luka di bahagian belakang lengan akibat terkena tembakan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya sedang berehat daripada melakukan kerja memotong rumput di kawasan tersebut.

"Tiba-tiba mangsa berasa sakit di bahagian lengan sebelah kanan dan berlaku pendarahan. Mangsa didapati mengalami luka yang tembus di bahagian belakang lengan selain terdapat luka kecil pada bahagian tepi rusuk kanan.

"Ketika kejadian, mangsa tidak terdengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran agak bising dengan mesin rumput," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Susulan kejadian itu, Kasim berkata, suspek telah ditangkap dan beberapa senjata tiruan termasuk tiga kerambit buatan sendiri yang ditemui di belakang pintu bilik suspek dirampas.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!