Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia alami masalah tidur

Fabio Miceli
Fabio Miceli
A
A
A

SHAH ALAM - Sembilan daripada 10 orang meliputi 87.2 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah tidur termasuk insomnia, bangun kerap atau sukar untuk tidur.

Kajian yang diterbitkan syarikat pemimpin tidur Malaysia, Sonno itu berkongsi bahawa data tersebut dikumpul hasil daripada tinjauan di seluruh negara melibatkan 212 orang responden pada Januari lalu.

Menurut Sonno, kesukaran tidur dikenal pasti sebagai masalah biasa dan ia melibatkan sebanyak 39.9 peratus responden manakala kerap bangun (37.9 peratus) dan berdengkur (28.9 peratus) turut memburukkan krisis tidur di Malaysia.

“Bagi jangka masa tidur berbeza pula, sebahagian besar daripada responden iaitu 45.5 peratus dilaporkan hanya memperoleh antara tujuh hingga sembilan jam waktu lena, selari dengan cadangan tidur global.

“Bagaimanapun, sebanyak 52.1 peratus berjuang dengan tempoh tidur lebih pendek iaitu sekitar empat hingga enam jam. Keadaan itu menonjolkan kecenderungan yang membimbangkan ke arah kekurangan tidur,” kata kenyataan itu pada Selasa lalu.

87.2 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah tidur, termasuk insomnia, kerap bangun atau sukar untuk tidur.
87.2 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah tidur, termasuk insomnia, kerap bangun atau sukar untuk tidur.

Sementara itu, tinjauan tersebut turut mendedahkan masalah tidur antara lelaki dan wanita adalah sama rata dengan masing-masing 87.7 peratus dan 86.4 peratus.

Ujar kenyataan berkenaan, individu dewasa berusia 25 tahun hingga 44 tahun menunjukkan kualiti tidur lebih rendah pada waktu malam berbanding dengan mereka yang berusia 45 tahun hingga 64 tahun.

Artikel Berkaitan:

“Dalam pada itu, sebanyak 76.3 peratus responden bersetuju bahawa tidur yang mencukupi dan berkualiti baik secara signifikan menyumbang kepada kualiti hidup, produktiviti dan kesihatan mental yang lebih baik.

“Seterusnya, 84.6 peratus daripada 212 responden menyatakan menggunakan skrin sejurus sebelum tidur setiap malam atau kebanyakan malam dan 61 peratus pula mengakui bahawa penggunaan skrin sebelum tidur mempengaruhi kualiti tidur,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli berkata, kualiti tidur mempengaruhi fungsi harian dan kesejahteraan mental seseorang individu.

“Kami bercadang menggunakan data ini, untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan dan organisasi bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih berkesan,” ujar Fabio.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia alami masalah tidur #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Kesihatan #Tidur #Rehat #Kajian #Sonno

Law and Order - Music4video