Lapan pasangan kembar belajar sekolah sama

Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa InggerIs Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
Lapan pasangan kembar bergambar dengan guru di Sekolah Rendah Bahasa InggerIs Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India. Foto Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah sekolah menjadi tumpuan selepas lapan pasangan kembar tular belajar di sekolah sama.

Insiden jarang berlaku di Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl, Mizoram di timur laut India itu telah menarik perhatian orang ramai selepas ia dikongsikan di media sosial.

Malah, persamaan dimiliki kembar tersebut sering kali mengelirukan guru-guru dan kadangkala mereka tersilap menghukum salah seorang pasangan kembar yang tidak membuat kerja sekolah.

Guru Besar, H Lalventluanga berkata, kemasukan lapan pasangan kembar itu sekali gus memecah rekod sekolah itu, yang sebelum ini pernah merekodkan pendaftaran empat pasangan kembar.

"Kebetulan semua kanak-kanak kembar ini dimasukkan ke sekolah ini bersama-sama.

"Kami gembira apabila mengetahuinya ketika perbincangan dengan kakitangan bahawa kami mempunyai lapan pasangan kembar dalam satu sekolah," katanya sambil menambah mereka mempunyai empat pasangan kembar pada tahun lepas.

Menariknya, Lalventluanga juga mempunyai anak kembar tidak seiras di sekolah sama di mana anak lelakinya bernama Remruatdika dan yang perempuan, Lalzarzovi, akan berusia lima tahun pada 21 Julai depan.

Situasi sama turut berlaku di Sekolah Arena di Udaipur, Rajasthan di mana 14 pasangan kembar belajar di sekolah sama. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!