Penjawat awam antara 4 ditahan menyamar polis, samun warga Myanmar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang penjawat awam antara empat lelaki ditahan menyamar sebagai polis dan disyaki menyamun lapan warga Myanmar di Kampung Kubang Tin, Melor di sini semalam.

Kejadian terbabit berlaku pada jam 10.30 malam apabila mangsa bersama rakan-rakannya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah telah ditahan empat lelaki tempatan yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, suspek kemudian telah merampas beg duit, telefon bimbit dan kad UNHCR milik mangsa dan rakan-rakannya.

Berikutan itu, keempat-empat suspek terus melarikan diri. Kesemua mangsa yang disamun berumur 20-an bekerja sebagai buruh kasar di sekitar Kota Bharu serta menetap di Malaysia selama 13 tahun.

"Bertindak atas maklumat risikan, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu telah menahan kesemua suspek pada 11 malam semalam di tepi jalan Kampung Kubang Tin,” katanya dalam kenyataan malam Ahad.

Wan Ruzailan berkata, polis turut merampas tiga motosikal, topi keledar dan sejumlah wang tunai.

Beliau berkata, kesemua suspek berumur lingkungan 29 hingga 43 tahun direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini hingga 25 Mei.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan dengan itu, polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!