BN menang di kubu kuat mereka, kata Salahuddin

Dr Dzulkefly dan Salahuddin bergambar bersama peserta pada acara Antibiotic Fun Run 2020 yang diadakan di Goat2go Farm, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.- FOTO: ROSLI TALIB
Dr Dzulkefly dan Salahuddin bergambar bersama peserta pada acara Antibiotic Fun Run 2020 yang diadakan di Goat2go Farm, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.- FOTO: ROSLI TALIB
A
A
A

SERDANG - Kemenangan yang berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis semalam disebabkan kawasan itu sememangnya menjadi kubu kuat parti berkenaan.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, secara keseluruhan beliau sangat berpuas hati dengan prestasi calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Karim Bujang yang merekodkan jumlah undian memuaskan meskipun tewas.

"Kita bertarung dengan sihat dan kita juga telah cuba yang terbaik.

"Mereka menang di kubu mereka, jadi kita puas hati dengan kempen dan bantuan yang sangat baik diberikan.

"Saya rasa kemenangan berpihak kepada BN itu harus diterima," katanya pada sidang media selepas selesai pelancaran Antibiotic Fun Run 2020 di di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Pelancaran disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

ARTIKEL BERKAITAN: Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PRK Parlimen Kimanis yang berpihak kepada BN.

Mengulas lanjut Salahuddin berkata, meskipun gagal merampas kerusi milik BN itu, namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus komited untuk membantu rakyat di kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

Keputusan PRK Parlimen Kimanis yang diumumkan malam tadi menyaksikan Mohamad dengan majoriti 2,029 undi.

Mohamad memperoleh 12,706 undi sementara Karim memperoleh 10,677 undi.