Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024

Zii Jia merangkul kejuaraan Terbuka Thailand setelah menewaskan pemain Hong Kong straight set di Bangkok pada Sabtu. Foto Agensi.
Zii Jia merangkul kejuaraan Terbuka Thailand setelah menewaskan pemain Hong Kong straight set di Bangkok pada Sabtu. Foto Agensi.
A
A
A

IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih setelah pemain pilihan keenam kejohanan itu menumpaskan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus secara straight set dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nimibutr.

Zii Jia yang menghuni ranking ke-10 dunia mudah menundukkan Ka Long 21-11 pada set pertama dalam kejohanan berstatus Super 500 itu.

Pemain berusia 26 tahun itu kemudian meneruskan momentum positif pada set kedua untuk mengesahkan kemenangan 21-10 dalam tempoh 34 minit ketika Ka Long dilihat bagai hilang arah dalam tempo permainannya.

Kemenangan itu sekali gus menyamakan kemenangan Zii Jia kepada empat daripada lapan pertemuan dengan Ka Long yang dibimbing legenda badminton negara, Wong Choong Hann.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu adalah dalam pusingan kedua Indonesia Mastes pada Januari lalu yang menyaksikan Zii Jia mengatasi Ka Long 22-20, 21-15.

Kejohanan itu menawarkan hadiah AS$420,00 (RM1.96 juta) dengan juara bagi acara perseorangan membawa pulang hadiah AS$31,500 (RM147,656), manakala tempat kedua meraih AS$15,690 (RM73,546)

Sebagai rekod, kali terakhir Zii Jia meraih gelaran antarabangsa ialah pada Terbuka Artik di Finland 15 Oktober tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Zii Jia pernah merangkul gelaran pertama Terbuka Thailand pada edisi 2022 selepas menewaskan pemain China, Li Shi Feng di pentas final.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!