Rumah jadi stor simpan pakaian tiruan diserbu

KPDN Putrajaya merampas pelbagai pakaian tiruan dalam serbuan di unit rumah di Sungai Buloh, pada Rabu.
KPDN Putrajaya merampas pelbagai pakaian tiruan dalam serbuan di unit rumah di Sungai Buloh, pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Putrajaya menyerbu tiga buah rumah berhampiran surau di Kampung Kubu Gajah dekat sini yang dijadikan stor menyimpan pakaian tiruan berjenama pada Rabu lalu.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, serbuan dilakukan itu hasil risikan dijalankan pihaknya berikutan aduan yang diterima daripada wakil pemilik cap dagangan.

Azman
Azman

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam rumah terbabit menemui 17,320 helai pelbagai jenis pakaian seperti jersi, seluar dan baju jenama terkenal dianggar bernilai RM254,950.

"Kita turut merampas beberapa dokumen perniagaan untuk siasatan lanjut.

"Pasukan serbuan juga telah bertindak menahan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang mengaku bertanggungjawab ke atas premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua rumah itu disyaki dijadikan stor untuk menyimpan pakaian terbabit sebelum dipasarkan secara borong dan runcit selain dijual di pasar pagi serta pasar malam sekitar di Lembah Klang, Perak dan Pahang.

KPDN Putrajaya merampas pelbagai pakaian tiruan dalam serbuan di unit rumah di Sungai Buloh, pada Rabu.
KPDN Putrajaya merampas pelbagai pakaian tiruan dalam serbuan di unit rumah di Sungai Buloh, pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 [Akta 815] serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613].

Jelasnya, KPDN ingin memberikan peringatan serta amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan aktiviti menjual barangan yang tidak mendapat kelulusan atau kebenaran pemilik cap dagangan berdaftar yang sah.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penjualan barangan tiruan boleh melaporkan kepada pihak KPDN bersama butiran yang lengkap dan tepat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!