Lelaki hilang dikhuatiri lemas belum ditemui

Operasi mencari pemancing diteruskan pada hari ketiga di Empangan Tasik Pedu, pada Sabtu. - Foto: Bomba
Operasi mencari pemancing diteruskan pada hari ketiga di Empangan Tasik Pedu, pada Sabtu. - Foto: Bomba
A
A
A

KUALA NERANG - Seorang lelaki masih belum ditemui selepas hilang dan dikhuatiri lemas dalam kejadian bot yang dinaiki bersama rakannya terbalik ketika memancing di Empangan Tasik Pedu dekat sini sejak Khamis lalu.

Ketua Zon I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim berkata, operasi pencarian mangsa diteruskan pada hari ketiga bermula jam 8 pagi.

Menurutnya, operasi pencarian lelaki terbabit dilakukan dengan menumpukan kawasan sekitar kawasan mangsa dilaporkan terjatuh oleh saksi.

"Pencarian mangsa membabitkan pergerakan dari Unit Anjing Pengesan (K-9), Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra dan BBP Sungai Petani serta anggota BBP Kuala Nerang.

"Selain itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Padang Terap turut terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, anggota daripada Jabatan Perhutanan turut membuat pemantauan dari udara dengan menggunakan dron pada pagi ini untuk tujuan pemantauan udara dan membuat plot kawasan pencarian.

Ahmad Aminudin berkata, setakat ini, hanya barangan milik mangsa yang ditemui di lokasi pencarian pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki dipercayai hilang manakala rakannya terselamat selepas bot yang dinaiki bersama rakannya terbalik ketika memancing di empangan terbabit.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!