Anwar ucap tahniah Lawrence Wong dilantik PM Singapura

 Lawrence Wong
Lawrence Wong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu dan menjemput rakan sejawatnya untuk melawat Malaysia secepat mungkin.

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Anwar menyampaikan ucapan itu menerusi panggilan telefon kepada Lawrence.

"Kami senada untuk memberi komitmen dan bekerjasama rapat selain meneruskan perbincangan mengenai perkara yang berkepentingan bersama,” menurut hantaran itu.

Lawrence, 51, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura Keempat di Istana pada 15 Mei, menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang memegang tampuk pemerintahan negara selama hampir 20 tahun.

Menurut hantaran sama, Anwar berkata, Lawrence turut mengucapkan tahniah kepada beliau di atas kemenangan pada pilihan raya kecil di Kuala Kubu Baharu baru-baru ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: