Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital

Kenyataan Dr Dzulkefly.
Kenyataan Dr Dzulkefly.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sudah mengarahkan supaya doktor pelatih segera ditempatkan kembali ke hospital-hospital daerah yang memerlukan susulan isu kekurangan doktor.

Dr Dzulkefly berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan untuk berbuat demikian.

"Saya amat sedar dan insaf dengan keluhan para petugas saban hari dan minggu. Namun ditegaskan, saya telah mengarahkan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan supaya segera menempatkan kembali doktor pelatih ke hospital-hospital daerah yang memerlukan.

"Langkah-langkah tambah baik jangka sederhana dan panjang juga sedang dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di platform X pada Khamis.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengulas mengenai gambar tular maklumat di sebuah papan kenyataan yang memaklumkan tentang kekurangan doktor yang didakwa berlaku di sebuah hospital di Kulim, Kedah.

Papan kenyataan yang didakwa di sebuah hospital di Kulim, Kedah yang memaklumkan tentang kekurangan doktor.
Papan kenyataan yang didakwa di sebuah hospital di Kulim, Kedah yang memaklumkan tentang kekurangan doktor.

Menerusi kenyataan itu, pihak hospital turut meminta maaf kerana masa menunggu pesakit untuk mendapatkan rawatan mungkin mengambil masa lebih lama iaitu sehingga lima jam.

"Doktor kami kerja sampai naik pengsan. Lapan (doktor) sakit masih kerja. Ada yang sudah letak jawatan, pergi swasta.

Artikel Berkaitan:

"Kami ingin berkhidmat untuk rakyat tetapi kami juga manusia, boleh penat dan sakit. Harap tuan-tuan dan puan-puan faham. Minta maaf," kata kenyataan tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!