TPM Slovakia percaya nyawa PM Robert Fico 'tidak terancam'

Taraba berkata Fico cedera parah, satu peluru menembusi perutnya dan peluru kedua mencederakan sendinya. Foto Facebook
Taraba berkata Fico cedera parah, satu peluru menembusi perutnya dan peluru kedua mencederakan sendinya. Foto Facebook
A
A
A

TIMBALAN Perdana Menteri Slovakia, Tomas Taraba memberitahu BBC Newshour, beliau percaya Perdana Menteri Robert Fico "akan bertahan" dan tidak lagi berada dalam situasi yang mengancam nyawa.

Dalam masa sama, Taraba mengkritik parti pembangkang, menuduh mereka menggunakan "naratif palsu" dan menggambarkan Fico sebagai "seperti raksasa", komen yang menurutnya bukan amalan negara demokrasi.

“Saya sangat terkejut (dengan komen pembangkang)... setakat yang saya tahu pembedahan berjalan lancar dan saya rasa akhirnya dia akan selamat... dia tidak berada dalam situasi yang mengancam nyawa ketika ini,” katanya.

Sebelum itu, keadaan Fico dilaporkan kritikal selepas cubaan membunuhnya dalam satu serangan pada Rabu, apabila penyerang melepaskan beberapa das tembakan kepadanya.

Taraba berkata, tembakan itu dilakukan "dari jarak dekat" oleh seorang lelaki warga emas.

"Fico cedera parah - satu peluru menembusi perutnya dan peluru kedua mencederakan sendinya dan beliau serta-merta dibawa ke hospital dan dibedah," katanya..

Pada satu sidang akhbar, Menteri Pertahanan Robert Kalinak berkata, Fico telah menjalani pembedahan selama lebih tiga jam dan "bertarung nyawa." - Agensi/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: