Wan Arif-Roy King lakar kejutan di Thailand

Wan Arif (kanan) dan Roy King akan menentang pasangan Denmark dalam pusingan kedua Terbuka Thailand pada Khamis. - Foto FB BAM
Wan Arif (kanan) dan Roy King akan menentang pasangan Denmark dalam pusingan kedua Terbuka Thailand pada Khamis. - Foto FB BAM
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King melakar kejutan apabila menewaskan lawan yang berada di ranking lebih tinggi untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2024.

Mereka yang menghuni ranking ke-64 menang 2-1 ke atas Li Ching Yao-Yan Po Han dari Taiwan yang berada di kedudukan ke-21 dunia dalam kejohanan berstatus 500 itu.

Bagaimanapun kemenangan tersebut bukan diraih dengan mudah apabila mereka dipaksa untuk bertarung sehingga ke set penentuan dalam saingan pusingan pertama di Bangkok pada Rabu.

Mereka yang tewas 16-21 pada set pertama bangkit mengikat kedudukan 21-13 dan rentak positif diteruskan apabila mengesahkan kemenangan dengan 21-16 dalam tempoh permainan selama 63 minit itu.

Ia merupakan pertemuan pertama Arif-Roy King dengan beregu nombor tiga Taiwan itu.

Mereka akan berdepan Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard dari Denmark yang menduduki tangga ke-34 dunia untuk memburu tiket suku akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: