Lelaki menyamar polis diberkas

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki yang dipercayai menyamar sebagai anggota polis diberkas di Desa Aman Puri di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 28 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

"Suspek turut mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu kes curi dalam bangunan," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 8 malam semalam, suspek dikatakan menghampiri mangsa yang sedang berjalan kaki bersendirian untuk ke kedai makan berhampiran sebuah stesen minyak di Desa Aman Puri.

Polis turut merampas sebuah motosikal.
Polis turut merampas sebuah motosikal.

Arifai berkata, suspek yang menunggang motosikal jenis Suzuki itu mendakwa dia adalah anggota polis dan menunjukkan sekeping kad dan meminta pasport serta telefon bimbit mangsa.

"Mangsa telah memberi barangan yang diminta dan wang berjumlah RM850 selepas suspek berjanji akan memulangkan semula pasport bersama telefon bimbit jenis Samsung J2Pro yang dirampas sebelum itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 170 dan 384 Kanun Keseksaan.