Palang Merah buka hospital medan di Rafah

Kanak-kanak Palestin memakan roti di samping barang-barang yang sudah siap dikemas sebelum berpindah ke Rafah di Gaza. Foto AFP
Kanak-kanak Palestin memakan roti di samping barang-barang yang sudah siap dikemas sebelum berpindah ke Rafah di Gaza. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) pada Selasa mengumumkan pembukaan sebuah hospital medan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza dengan kapasiti 60 katil.

Dalam satu kenyataan, ICRC berkata, hospital medan itu bertujuan untuk melengkapi dan menyokong kerja Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam memenuhi keperluan kesihatan yang besar di Gaza, lapor Xinhua.

Pasukan hospital itu terdiri daripada kira-kira 30 pekerja perubatan yang menyediakan penjagaan pembedahan kecemasan, penjagaan kesihatan ibu dan anak, penjagaan neonatal, perkhidmatan pediatrik, dan klinik pesakit luar.

Hospital medan yang dikendalikan oleh ICRC dengan penyelarasan persatuan Palang Merah tempatan dan antarabangsa akan dapat menyediakan rawatan perubatan untuk kira-kira 200 orang setiap hari.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 23 daripada 39 hospital di Gaza tidak lagi berfungsi. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!