Smash Jun Hao paling berdesup

Jun Hao. Foto BAM
Jun Hao. Foto BAM
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao mencipta sensasi apabila pukulan 'smash' dilakukannya diiktiraf sebagai terpantas sepanjang kempen Piala Thomas Chengdu 2024 yang berakhir Ahad lalu.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pukulan Jun Hao, merekodkan kelajuan 482.0 kilometer sejam (km/j) diikuti rapat kedua pemain China, Li Shifeng, 480.7 km/j) dan ketiga Jonatan Christie dari Indonesia, (479.0 km/j).

Pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia pula keempat (476.9 km/j) diikuti Nadeem Dalvi (England) kelima (469.9 km/j), Lin Chun-Yi dari Taiwan dikedudukan keenam (463.3 km/j).

Pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen pula ketujuh terpantas dengan catatan 462.3 km/j, diikuti bintang Hong Kong, Lee Cheuk Yiu (460.8 km/j).

Ramsus Gemke (Denmark) dan Anthony S Ginting (Indonesia) masing-masing melengkapkan slot kesembilan serta kesepuluh terpantas dengan catatan 459.8 km/j dan 456.1 km/j.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: