Kontraktor rugi diperdaya wanita menyamar kakitangan CIDB

Muhammad Fazrol bersama laporan polis yang dibuat.
Muhammad Fazrol bersama laporan polis yang dibuat.
A
A
A

MARAN - Seorang kontraktor di sini rugi RM3,070 selepas ditipu seorang wanita yang menyamar sebagai kakitangan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Pahang.

Mangsa, Muhammad Fazrol Md Nasir, 34, memberitahu kejadian bermula pada 30 April lalu selepas menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang memberi tawaran untuk menyertai kursus integriti dan perniagaan.

Menurutnya, wanita tersebut kemudiannya meminta dirinya membuat bayaran secara berperingkat.

"Pada mulanya saya kurang percaya namun dia mendakwa seorang kakitangan CIDB Pahang membuatkan yakin untuk melakukan transaksi sebanyak lapan kali iaitu kali terakhir pada 5 Mei lalu dengan jumlah keseluruhan RM3,070," jelasnya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Ujarnya lagi, beberapa hari kemudian beliau menghubungi CIDB Pahang dan dinyatakan tiada nama wanita terbabit di agensi berkenaan.

"Saya kemudiannya mempersoalkan tindakan wanita terbabit dan dia seterusnya menyekat nombor saya dan pada 7 Mei lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran," tambahnya.

Susulan kejadian itu, Muhammad Fazrol berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera supaya tiada mangsa lagi yang tertipu dengan wanita berkenaan.

"Pelbagai kaedah digunakan oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dengan cara mudah dan saya berharap perkongsian ini menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati selepas ini," akuinya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!