[VIDEO] Faisal Halim sudah dipindahkan ke wad biasa

A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim sudah dipindahkan ke wad biasa selepas sembilan hari berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, proses pemulihan Faisal menunjukkan perkembangan yang sangat positif dan berada dalam keadaan stabil.

"Saya boleh katakan hari ini hari yang lebih baik. Alhamdulillah hari ini Faisal sudah dipindahkan dari ICU ke wad biasa.

"Tetapi, masih lagi tidak dibenarkan pelawat kerana keadaan Faisal masih lagi sensitif. Namun keadaan dia stabil," katanya dalam sidang akhbar di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Selasa.

Faisal
Faisal

Faisal dirawat selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

Tonggak sayap kebangsaan itu juga sudah melalui tiga proses pembedahan termasuk prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tersebut.

Dalam pada itu, Shahril turut memaklumkan, Faisal atau lebih mesra dengan panggilan Mickey akan terus dipantau oleh pakar untuk melihat perkembangan pemulihannya itu.

Artikel Berkaitan:

"Minggu depan pembedahan homograf akan dijalankan sama ada Isnin atau Selasa minggu depan.

"Prosedur seterusnya adalah kulit daripada bahagian lain badan Faisal akan ditampal pada bahagian melecur itu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!