Dr Nungsari diumum sertai Lembaga Pengarah MAHB

MAHB mengumumkan pelantikan Dr Nungsari sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif di organisasi itu berkuat kuasa serta-merta. Gambar kecil: Dr Nungsari
MAHB mengumumkan pelantikan Dr Nungsari sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif di organisasi itu berkuat kuasa serta-merta. Gambar kecil: Dr Nungsari
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan pelantikan Dr Nungsari Ahmad Radhi sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif di organisasi itu berkuat kuasa serta-merta.

MAHB dalam satu kenyataan berkata, Nungsari, 64, merupakan seorang ahli ekonomi yang menganggotai Jawatankuasa Penasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau juga sebagai pengarah bukan eksekutif bebas di Bank Negara Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Dasar kepada Perdana Menteri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara.

"Nungsari berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sejak penubuhannya dan kemudiannya sebagai pengerusi eksekutifnya dari Julai 2018 hingga April 2020," katanya pada Isnin.

Selain itu, Nungsari pernah memegang jawatan eksekutif dalam pelbagai syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) seperti Khazanah Nasional Berhad, Prokhas Sdn Bhd, Pengurusan Danaharta Nasional Berhad, DanaInfra Nasional Berhad dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad.

Beliau juga berpengalaman menjadi anggota lembaga pengarah pelbagai badan berkanun dan korporat termasuk Majlis Produktiviti Negara, Majlis Amanah Rakyat, Bank Pertanian Malaysia Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: