Polis Turkiye tahan kurator muzium AS seludup spesies endemik

Polis Istanbul mengadakan operasi di Lapangan Terbang Istanbul selepas mengesan cubaan menyeludup spesies itu ke luar negara. Foto hiasan 123RF
Polis Istanbul mengadakan operasi di Lapangan Terbang Istanbul selepas mengesan cubaan menyeludup spesies itu ke luar negara. Foto hiasan 123RF
A
A
A

ISTANBUL - Lorenzo Prendini, kurator di sebuah muzium di Amerika Syarikat (AS), ditahan di Istanbul pada Isnin kerana didakwa cuba menyeludup spesies beracun endemik dari Turkiye, lapor Agensi Anadolu.

Polis Istanbul mengadakan operasi di Lapangan Terbang Istanbul selepas mengesan cubaan menyeludup spesies itu ke luar negara.

Prendini ditahan dalam operasi itu apabila 88 botol tiub plastik mengandungi cecair dan 58 beg klip dengan kira-kira 1,500 kala jengking, tarantula dan labah-labah endemik Turkiye dirampas daripada bagasinya.

Suspek, kurator di Muzium Sejarah Semula Jadi AS, menghadapi tuduhan di bawah undang-undang antipenyeludupan Turkiye.

Maklumat DNA spesies endemik haiwan beracun yang hidup di Turkiye boleh digunakan untuk pengeluaran ubat.

Dianggarkan satu liter ubat yang diperoleh daripada racun kala jengking mempunyai nilai pasaran sekitar AS$10 juta. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: