Putin tukar Menteri Pertahanan, Shoigu dengan ahli ekonomi

Sergei Shoigu. Foto Reuters
Sergei Shoigu. Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan rombakan Kabinet dengan menggugurkan Menteri Pertahanan negara itu, Sergei Shoigu sekali gus memperlihatkan perubahan besar dalam kepimpinan tentera dua tahun selepas serangan Ukraine.

Dalam pengumuman mengejutkan itu, Putin turut menamakan bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga ahli ekonomi, Andrey Belousov sebagai pengganti Shoigu.

Serentak itu, Putin turut menerbitkan dekri yang menamakan Shoigu sebagai Setiausaha baharu Majlis Keselamatan, menggantikan sekutu lama beliau, Nikolai Patrushev.

“Shoigu akan terus bekerja dalam sektor ini (pertahanan) bidang yang beliau arif sekali,” media kerajaan memetik jurucakap Kremlin Dmitry Peskov sebagai berkata.

"Beliau (Shoigu) mengetahui sektor pertahanan dengan baik dari dalam, bersama-sama rakan sekerja dan rakan kongsinya di tempat kerjanya sebelum ini," tambahnya.

Berdasarkan Perlembagaan, Putin dikehendaki menamakan satu set menteri kerajaan baharu - atau melantik semula menteri sedia ada - berikutan kemenangannya dalam pilihan raya Mac tanpa pembangkang.

Penggubal undang-undang di Parlimen juga perlu meluluskan pencalonan Presiden, yang mereka akan lakukan pada Selasa (esok).

Shoigu dilantik sebagai Menteri Pertahanan Rusia pada 2012.

Artikel Berkaitan:

Walaupun rentetan kemunduran ketenteraan untuk Rusia - termasuk kegagalan untuk menawan ibu kota Ukraine Kyiv dan berundur dari timur laut Kharkiv dan wilayah selatan Kherson – Putin tetap menyokong Shoigu sehingga kini.

Itu termasuk apabila ketua separa tentera Wagner Yevgeny Prigozhin melancarkan pemberontakan berdarah tahun lalu yang menggesa Shoigu disingkirkan.

Belousov, pengganti yang dicalonkan Shoigu, tidak mempunyai latar belakang tentera.

Beliau, bagaimanapun, telah menjadi salah seorang penasihat ekonomi paling berpengaruh dalam pentadbiran Putin sejak sedekad lalu. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!