Hakim Danish naik podium di Le Mans

Hakim Danish menamatkan perlumbaan dalam kedudukan podium Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad.
Hakim Danish menamatkan perlumbaan dalam kedudukan podium Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli mencatat keputusan podium dalam Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad

Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu yang bertarung sengit dalam kelompok tiga terbaik sepanjang saingan mencatat masa 25 minit 21.768 saat (s) untuk kedudukan ketiga.

“Alhamdulillah, syukur saya berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga di Le Mans untuk Pusingan 2 hari ini.

Hakim Danish meraikan kejayaan bersama pasukannya di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad.
Hakim Danish meraikan kejayaan bersama pasukannya di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad.

“Permulaan yang baik pada awal perlumbaan apabila saya mula good start untuk berada dalam kelompok hadapan.

“Saya juga cuba untuk memimpin perlumbaan dalam beberapa ketika bagi mengekalkan kedudukan dalam kelompok hadapan.

“Pada lap terakhir, saya cuba untuk menang tapi dipintas dua pelumba P4. Saya hanya sempat memintas seorang pelumba sahaja dan berjaya tempatkan diri di podium. Untuk pusingan di Mugello, saya akan buat lebih baik dari hari ini,” kata juara Asia 2022 yang turut berterima kasih kepada pasukan ZK Racing, SIC, Terengganu Incorporated dan Red Bull Rookies.

Artikel Berkaitan:

Hakim Danish, Quiles dan Uriarte menamatkan saingan dalam kedudukan podium Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad.
Hakim Danish, Quiles dan Uriarte menamatkan saingan dalam kedudukan podium Pusingan 2 Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup 2024 di Litar Le Mans, Perancis pada Ahad.

Perlumbaan tersebut dimenangi pelumba Sepanyol, Brian Uriarte dan Maximo Quiles yang masing-masing menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dan kedua.

PERLUMBAAN 1

1. Maximo Quiles, Sepanyol (26:21.357)

2. Rico Salmela, Finland +0.260

3. Alvaro Carpe, Sepanyol +0.415

4. Valentin Perrone, Argentina +0.671

5. Brian Uriarte, Sepanyol +0.792

6. Hakim Danish, Malaysia +1.798

PERLUMBAAN 2

1. Brian Uriarte, Sepanyol (26:21.440)

2. Maximo Quiles, Sepanyol +0.048

3. Hakim Danish, Malaysia +0.328

4. Valentin Perrone, Argentina +0.348

5. Alvaro Carpe, Sepanyol+0.617

KEDUDUKAN KEJUARAAN

1. Maximo Quiles, Sepanyol - 74 mata

2. Alvaro Carpe, Sepanyol - 65 mata

3. Brian Uriarte, Sepanyol - 62 mata

4. Valentin Perrone, Argentina - 55 mata

5. Hakim Danish, Malaysia - 53 mata

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!