Bantah Palestin sebagai anggota penuh PBB tunjuk hipokrasi AS - Mapim

Mohd Azmi
Mohd Azmi
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Amerika Syarikat (AS) membantah keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) jelas menunjukkan hipokrasi negara itu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, realiti sebenar adalah AS tidak akan pernah menerima negara Palestin sepenuhnya.

Katanya, walaupun ragu-ragu terhadap cadangan penyelesaian dua negara dalam konflik Israel dan Palestin namun agak terkejut dengan pendirian AS menolak Palestin sebagai ahli penuh PBB.

"Kami mengulangi bahawa punca konflik adalah jelas yang mana ia berkenaan pendudukan dan penjajahan. Palestin mempunyai hak untuk menuntut semula wilayah mereka yang diambil secara paksa sejak Nakbah 1948.

"Walaupun dua negara itu akan jauh dari penyelesaian, kami menegaskan kecaman dengan hipokrasi AS. Mengapa AS mengundi menentang keanggotaan penuh Palestin dalam PBB dan pada masa sama memihak kepada dua negara? ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Azmi, tindakan As mengundi menentang keanggotaan Palestin melalui Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNGA) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) adalah percanggahan dengan pendiriannya untuk penyelesaian dua negara.

"Tidak dinafikan terdapat rancangan untuk mendapatkan negara-negara menghalang kemasukan Palestin.

"AS dan Israel sebagai konspirator utama untuk mengatasi majoriti suara negara anggota PBB melalui kuasa veto penentu oleh sekutu Barat iaitu AS, United Kingdom, dan Perancis," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, Malaysia secara konsisten menyokong hak Palestin untuk menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan.

"Ia sangat memihak kepada kenegaraan Palestin. Bagaimanapun, kemasukan sesebuah negara ke dalam PBB diundi di UNGA tetapi hanya boleh diiktiraf melalui UNSC.

"Walaupun UNGA telah mengundi secara besar-besaran agar Palestin diterima, AS boleh memveto terhadapnya dalam UNSC," ujarnya.

Mapim turut menuntut PBB untuk mengadakan pembaharuan segera.

"Kuasa veto adalah kontroversial dan ia tidak pernah menjadi penggalak kestabilan antarabangsa. Fungi kuasa veto untuk menentang dominasi Amerika Syarikat tidak berkesan.

"Hakikatnya, veto adalah elemen PBB yang paling tidak demokratik, serta punca utama PBB tidak bertindak terhadap jenayah perang terhadap Palestin kerana AS sering mengguna kuasa veto untuk menghalang tindakan PBB bila menyentuh kepentingan Israel," katanya.

p>Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!