'Port' uji motosikal, pamer aksi berbahaya diserbu

Salah seorang penunggang motosikal penunggang motosikal ditahan dalam serbuan sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai, Ampang pada Sabtu.
Salah seorang penunggang motosikal penunggang motosikal ditahan dalam serbuan sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai, Ampang pada Sabtu.
A
A
A

AMPANG - Aksi berbahaya dipamerkan sekumpulan penunggang motosikal mengundang padah apabila mereka ditahan dalam serbuan sekitar Jalan Ampang dan Tasek Permai dekat sini pada Sabtu.

Lokasi terbabit yang dipercayai menjadi 'port' tumpuan menguji motosikal itu diserbu sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, operasi dijalankan bermula kira-kira jam 1 pagi sehingga jam 3 pagi melibatkan pemeriksaan seramai 28 individu bersama 24 buah motosikal.

"Sebanyak 50 keping saman dikeluarkan atas kesalahan lazim seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos dan juga lain-lain kesalahan.

"Selain itu, sebanyak lima buah motosikal telah disita bawah Seksyen 64(1) Seksyen 6(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987 melibatkan kesalahan pengubahsuaian ekzos, tiada lesen memandu yang sah dan beberapa kesalahan lain," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, operasi dijalankan susulan aduan dan risikan dijalankan pihaknya.

"Pemeriksaan dan penahanan secara rambang dijalankan dengan memfokuskan kepada kenderaan yang melakukan pengubahsuian yang keterlaluan.

"Operasi turut memfokuskan tindakan kepada penunggang yang melakukan aksi-aksi yang berbahaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kesemua kenderaan yang disita dibawa ke Balai Polis Trafik Ampang untuk tindakan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!