Bayi 9 bulan antara tiga maut dalam nahas di Semporna

Bayi perempuan antara tiga dilaporkan maut manakala tiga lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kilometer 32, Jalan Semporna-Tawau, di sini pada petang Sabtu.
Bayi perempuan antara tiga dilaporkan maut manakala tiga lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kilometer 32, Jalan Semporna-Tawau, di sini pada petang Sabtu.
A
A
A

SEMPORNA - Bayi perempuan antara tiga dilaporkan maut manakala tiga lagi parah dalam nahas dua kenderaan di Jalan Kilometer 32, Jalan Semporna-Tawau, di sini pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, tiga mangsa masing-masing berusia sembilan bulan bersama dua wanita berusia 66 dan 24 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta Perodua Viva dan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila Perodua Viva telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan MPV tersebut.

Keadaan Perodua Viva remuk di bahagian hadapan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kilometer 32 Jalan Semporna-Tawau.
Keadaan Perodua Viva remuk di bahagian hadapan selepas terlibat kemalangan di Jalan Kilometer 32 Jalan Semporna-Tawau.

"Perlanggaran itu menyebabkan dua penumpang dan pemandu Perodua Viva cedera parah manakala tiga lagi penumpang meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan.

"Sementara itu, pemandu MPV bersama dua lagi penumpangnya warga China hanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Farhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun bersama denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika disabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Inspektor Zabir Aripin di talian 013-802170 atau 089-782020.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!