X

Kindly register in order to view this article
!

'Susah nak jangka kemenangan PRK Kimanis'

Tengku Razaleigh sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Kelab Jalinan Ikatan Kasih Gua Musang di Dewan Pusat Sivik di sini semalam.
A
A

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis adalah satu situasi yang sukar untuk dijangka sama ada memihak kepada Barisan Nasional (BN) atau Parti Warisan Sabah (Warisan).

Meskipun dimaklumkan sokongan terhadap BN yang diterima agak baik, namun beliau turut melihat kepada pengaruh Warisan di kawasan berkenaan.

"Dengar khabar, sokongan itu baik namun PRK ini, mana kita tahu.

"Tambahan pula, kita (UMNO) masuk kem orang, susah nak jangka," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kelab Jalinan Ikatan Kasih (JIK) Gua Musang di Dewan Pusat Sivik di sini semalam.

Tengku Razaleigh sewaktu hadir Majlis Makan Malam Kelab Jalinan Ikatan Kasih Gua Musang di Dewan Pusat Sivik di sini semalam.
Tengku Razaleigh sewaktu hadir Majlis Makan Malam Kelab Jalinan Ikatan Kasih Gua Musang di Dewan Pusat Sivik di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yusoff dan ADUN Paloh, Amran Arifin.

PRK Kimanis yang diadakan hari ini menyaksikan pertandingan dua penjuru melibatkan calon Warisan, Datuk Karim Bujang dan calon BN, Datuk Mohamad Alamin.

Sebanyak 19 pusat mengundi dan 68 saluran mengundi dibuka bermula pada 7.30 pagi hingga 5 petang.

Parlimen Kimanis mempunyai 29,619 pengundi yang mengundi hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!