Projek ECRL masuk fasa akhir kerja pembinaan

Fasa pemasangan sistem adalah fasa terakhir projek ECRL sebelum melalui peringkat ujian dan pentauliahan.
Fasa pemasangan sistem adalah fasa terakhir projek ECRL sebelum melalui peringkat ujian dan pentauliahan.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa akhir kerja pembinaan sebelum melalui saringan peringkat ujian dan pentauliahan.

Pengarah Urusan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL), Kong Qi berkata, ia susulan projek berkenaan kini merasmikan permulaan pemasangan laluan tersebut merangkumi pembinaan sistem elektrifikasi, sistem kawalan daya tarikan, sistem katenari, isyarat, dan telekomunikasi.

Ujar beliau, semua komponen itu membentuk infrastruktur teras untuk pengangkutan rel moden, memastikan aspek keselamatan, kecekapan dan kebergantungan terjamin.

Qi (tiga dari kanan) ketika dalam Majlis Perasmian Permulaan Kerja Pemasangan Sistem ECRL di Chukai, Terengganu.
Qi (tiga dari kanan) ketika dalam Majlis Perasmian Permulaan Kerja Pemasangan Sistem ECRL di Chukai, Terengganu.

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjaya memasuki fasa pemasangan sistem.

“Ini menandakan kemajuan penting dalam infrastruktur pengangkutan rel moden dan pencapaian besar untuk projek ECRL.

“Kami yakin pada pembangunan masa depan dan berharap dapat membawa sistem pengangkutan rel yang lebih selamat, lebih cekap dan lebih memudahkan ke Pantai Timur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar Qi, infrastruktur itu juga bertindak sebagai tunjang dan sumber kuasa untuk operasi kereta api penumpang serta kargo.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurutnya, sehingga April 2024, kemajuan pembinaan ECRL telah mencapai 65 peratus, dengan jajaran merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor.

Kenyataan CCC-ECRL pada Khamis
Kenyataan CCC-ECRL pada Khamis

“Sistem telekomunikasi tanpa wayar ECRL mengutamakan penggunaan teknologi LTE-R, merintis kemajuan teknologi dalam telekomunikasi tanpa wayar untuk rangkaian rel yang meluas.

“Sementara itu, sistem isyaratnya menggunakan sistem kawalan kereta api CTCS-2 yang serba canggih, stabil dan boleh dipercayai.

“Penjejakan kereta api yang dipercayai, peningkatan kecekapan dan keselamatan operasi kereta api dapat berkesan melalui pertukaran data antara kereta api dan landasan,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!