Projek ECRL di landasan tepat siap ikut jadual

Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berada pada landasan tepat untuk disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 sebagaimana yang telah ditetapkan.
Foto:Ihsan
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berada pada landasan tepat untuk disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 sebagaimana yang telah ditetapkan. Foto:Ihsan
A
A
A

KOTA BHARU - Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berada pada landasan tepat untuk disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 sebagaimana yang telah ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, setakat Februari lalu kerja-kerja pembinaan melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor sudah mencapai tahap 62.40 peratus.

Datuk Seri Darwis Abdul Razak
Datuk Seri Darwis Abdul Razak

"Ia melibatkan jajaran dari Kota Bharu sehingga ke Terminal Bersepadu Gombak.

"Untuk jajaran ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Klang pula dijangka siap pada Disember 2027," katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di sini, pada Ahad.

Hadir sama Exco Jawantankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin.

Darwis (kiri) bersama Dr Izani (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di Kota Bharu pada Ahad.
Darwis (kiri) bersama Dr Izani (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama ECRL di Kota Bharu pada Ahad.

Menurut beliau, situasi itu membawa maksud ECRL akan beroperasi secara rasminya bermula 1 Januari 2027.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, lebih membanggakan lagi pembinaan ECRL di negeri ini sudah mencapai kemajuan sebanyak 75.8 peratus.

Darwis memberitahu, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan agensi pusat menjadi penyumbang kepada perkembangan positif projek berkenaan.

"Walaupun ia melibatkan jarak 43 km (kilometer) sahaja dengan pembinaan dua buah stesen, namun kerja-kerja mengikut jadual," katanya.

Pembinaan Projek ECRL yang sepanjang 665 km melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion.

Selain itu, jajaran ECRL turut melibatkan pembinaan 41 buah terowong dengan jumlah panjang melebihi 62 kilometer (km).

Pada masa sama, ia turut mempunyai jejambat melibatkan jarak sejauh 150km.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28