Sila log masuk terlebih dahulu.

Suami isteri mengaku tidak bersalah miliki 10,000 ubat batuk tiruan

A
A
A
BERITA SEMASA 8 MEI 2024

Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Seremban pada Rabu atas enam dan empat pertuduhan memiliki 10,000 unit ubat batuk dengan menyalahgunakan cap dagang jenama Dynapharm tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, James Ooi Joe Behn, 41, dan Cheong Yin Ying, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan bagi kapasiti individu, pengarah dan wakil syarikat di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Artikel:

https://www.sinarharian.com.my/article/663581/berita/semasa/suami-isteri-mengaku-tidak-bersalah-miliki-10000-ubat-batuk-tiruan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ubatbatuk #mahkamah #tiruan