Pelbagai jawatankuasa dibentuk tangani isu pendidikan - Fadhlina

Fadlina (tengah) me layan permintaan pelajar - pelajar untuk berswafoto dengannya
Fadlina (tengah) me layan permintaan pelajar - pelajar untuk berswafoto dengannya
A
A
A

NILAI - [DIKEMAS KINI] Pelbagai jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menangani isu-isu berkaitan pendidikan termasuk isu kepayahan pelajar di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beliau sendiri sudah pergi menyantuni semua peringkat sekolah termasuk di negeri berkenaan.

"Saya sudah pergi dan menyantuni semua peringkat sekolah termasuk di Sabah dan Sarawak, malah kita ada program agenda khas dikenali Tindak Susul Parlimen.

"Program ini akan disusun mengikut isu-isu yg terdapat dalam pendidikan dan tumpuan ketika ini adalah menyelesaikan isu sekolah daif dan memastikan penyelenggaran serta pembangunan murid seperti program hari ini (Karnival Kokurikulum)," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2024 yang diadakan di sebuah kolej swasta di sini pada Selasa.

Sementara itu ditanya berkenaan cabaran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi untuk bermalam di rumah panjang atau kawasan pedalaman bagi merasai kepayahan pelajar mendapat pendidikan di sana, beliau berkata, fokusnya ketika ini adalah untuk memastikan reformasi pendidikan dapat berjalan dengan lancar.

Fadlina (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar yang terlibat dalam Karnival Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2024 di sebuah kolej di Nilai
Fadlina (tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar yang terlibat dalam Karnival Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2024 di sebuah kolej di Nilai

"Saya fikir kita perlu fokus pada kerja kita ketika ini. Saya sudah maklumkan hala tuju negara kita tertumpu bawah reformasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kita sudah wujudkan pelbagai jawatankuasa khas untuk menangani isu-isu yang berkait rapat dengan pendidikan.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga minta semua pihak yang berminat bekerjasama dengan KPM untuk datang ke pejabat dan kita boleh bincang program apa yang sesuai kerana isu pendidikan ini melibatkan semua pihak," katanya.

Oleh sebab itu katanya, beliau bersedia meraikan pandangan semua pihak.

Dalam pada itu beliau berkata, karnival kokurikulum mampu membentuk kemenjadian murid-murid yang bukan saja perlu cemerlang dalam bidang akademik, tapi juga potensi-potensi lain.

"Insya-ALLAH program seperti ini sentiasa menjadi tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) khususnya dalam memastikan keseluruhan pembangunan murid-murid ini dilihat secara holistik.

"Kalau kita lihat ia bukan saja mempamerkan penglibatan mereka dalam badan beruniform tapi juga potensi-potensi lain," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!