Tembak di Pasir Mas: Polis ambil keterangan empat saksi

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemandu lori bingung apabila pekarangan rumahnya ditembak beberapa das ketika sedang nyenyak tidur sehingga merosakkan dua kenderaan yang diparkir di hadapan kediaman itu.

A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah mengambil keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun bagaimanapun berkata, masih ada beberapa individu yang akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

Beliau memberitahu, motif kejadian sudah diketahui dan ia mungkin konflik yang lama berlaku.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan ada persengketaan lain antara dua kumpulan tetapi akan menyiasat dengan lebih mendalam dan mendapatkan maklumat tepat," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Bersama Warga PDRM Kontinjen Kelantan pada Isnin.

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis mencemar duli memeriahkan majlis berkenaan.

Muhamad Zaki memberitahu, polis percaya suspek yang disyaki terlibat masih berada di negara ini.

Tambah beliau, bagaimanapun polis akan berhubung dengan anggota keselamatan di negara jiran jika mereka melintas sempadan.

"Saya rasa lebih baik datang menyerah diri kerana mereka tidak ke mana pun, kita akan teruskan usaha mencari dan bekerjasama dengan polis Thailand," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang pemandu lori bingung apabila pekarangan rumahnya ditembak beberapa das ketika sedang nyenyak tidur sehingga merosakkan dua kenderaan yang diparkir di hadapan kediaman itu.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu dua lelaki yang menggunakan sebuah motosikal jenis Y15 disyaki melakukan tembakan sebelum melarikan diri dari arah Kampung Gelang Mas ke Kampung Bunut Susu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!