PETRA lancar Inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat

Fadillah (dua, kanan) merasmikan Majlis Pelancaran inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar PETRA dan juga Program Solar Boleh di Aeon Mall Shah Alam di sini, pada Isnin.
Fadillah (dua, kanan) merasmikan Majlis Pelancaran inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar PETRA dan juga Program Solar Boleh di Aeon Mall Shah Alam di sini, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan Inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar PETRA dan Program Solar Boleh di sini pada Isnin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata, dua inisiatif itu telah dirangka secara khusus untuk meluaskan akses rakyat kepada skim pemasangan solar di premis kediaman.

"Dengan komitmen dan ketekunan semua pihak berkepentingan, saya yakin program mendapat sambutan dan memberikan impak positif terhadap usaha pengurangan jejak karbon negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar PETRA dan juga Program Solar Boleh di Aeon Mall Shah Alam di sini, pada Isnin.

Rakan usaha sama terlibat ialah AEON Group, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan SOLS Energy yang bekerjasama dengan PETRA, juga Suruhanjaya Tenaga dan SEDA Malaysia dalam merangka dan seterusnya merealisasikan pelaksanaan program tersebut.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air berkata, inisiatif Solar PETRA yang diperkenalkan hari ini akan menjadi inisiatif penaung kepada program atau skim solar yang dikhususkan untuk rakyat termasuk Program Solar Boleh.

Fadillah (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar PETRA dan juga Program Solar Boleh di Aeon Mall Shah Alam di sini, pada Isnin.
Fadillah (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran inisiatif Solar Peralihan Tenaga Untuk Rakyat atau Solar PETRA dan juga Program Solar Boleh di Aeon Mall Shah Alam di sini, pada Isnin.

Ujarnya, Program Solar Boleh merupakan satu usaha sama antara PETRA, AEON Group, SOLS Energy dan BSN antara lainnya bertujuan mempromosi dan menguar-uarkan inisiatif solar untuk rakyat disediakan pihak swasta.

Artikel Berkaitan:

"Langganan pemasangan sistem solar untuk rakyat boleh dilakukan secara mudah di cawangan-cawangan AEON di seluruh negara dan kemudahan pembiayaan solar oleh BSN kepada kakitangan kerajaan dengan tawaran kadar faedah yang kompetitif dan pembayaran balik boleh dilakukan melalui pemotongan gaji.

"Selain itu, kemudahan langganan solar oleh SOLS Energy yang menyediakan kaedah pembiayaan solar berasaskan model sifar modal kepada pengguna domestik dan seterusnya menjadikan pemasangan solar mampu bayar untuk rakyat," ujarnya.

Ujarnya lagi, pelaksanaan Program Solar Boleh ini turut menyediakan pelbagai pilihan dan memudahkan lagi capaian rakyat kepada skim pemasangan sistem solar PV yang ditawarkan di pasaran.

"Program ini juga merupakan tambahan kepada program rebat solar yang diperkenalkan kerajaan pada awal bulan April 2024, iaitu Skim Insentif Solar Rakyat atau Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRiS) sedang dilaksanakan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Besarlah harapan saya agar pelaksanaan Program Solar Boleh dan juga SolaRIS yang merupakan dua program permulaan dirangka dan dilaksanakan di bawah Inisiatif Solar@PETRA ini akan memberikan manfaat optimum kepada rakyat," ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau juga akan memberikan komitmen bahawa PETRA akan meneruskan usaha untuk merangka lebih banyak program khusus bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak manfaat daripada penerapan teknologi solar untuk penjanaan bekalan elektrik melalui pemasangan sistem solar PV di premis kediaman.

“Kalau minggu lepas, apa yang saya lancarkan adalah di hospital (seperti) Prince Court dan semua hospital itu akan dipasang solar panel di bumbung, jadi saya mengharapkan lebih ramai yang akan datang ke hadapan untuk bekerjasama dengan kita dan (PETRA) akan menyokong dan bantu,” ujarnya.

Fadillah sebelum ini mengumumkan program SolaRIS, bagi menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) oleh pengguna domestik.

Program tersebut menggalakkan hospital kerajaan untuk turut memasangnya bukan sahaja kepada fasiliti kesihatan swasta.

“Saya memberikan komitmen bahawa PETRA akan meneruskan usaha untuk merangka lebih banyak program khusus bagi membolehkan rakyat mendapat lebih banyak manfaat daripada penerapan teknologi solar untuk penjanaan bekalan elektrik melalui pemasangan sistem solar PV di premis kediaman,” ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!