Anwar tinjau hari terakhir Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara

Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai sebaik meninggalkan Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong pada Ahad. Foto Bernama
Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai sebaik meninggalkan Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

GEORGE TOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad meluangkan masa meninjau hari terakhir Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang berlangsung sejak Jumaat di Tapak Pesta Sungai Nibong, dekat sini.

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow turut meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dan bergambar dengan petugas serta pengunjung yang hadir pada program itu.

Anwar Ibrahim disambut orang ramai semasa menghadiri Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong. Foto Bernama
Anwar Ibrahim disambut orang ramai semasa menghadiri Majlis Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong. Foto Bernama

Dalam sesi itu, Anwar juga sempat menandatangani seni mural sebelum bergambar bersama-sama Anthony dan Kon Yeow di sebuah dekorasi beca yang disediakan berhampiran pentas utama tapak pesta itu.

Beliau juga sempat mengunjungi reruai Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang, pavilion Kedah bagi sektor pelancongan, reruai kementerian serta agensi berkaitan.

Selepas menghadiri Majlis Penutupan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Anwar meneruskan sesi tinjauan mesra di tapak pesta itu dengan menaiki buggy.

Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Orang ramai menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 peringkat negeri pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, pada Ahad.
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Orang ramai menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri 2024 peringkat negeri pada Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong, pada Ahad. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Artikel Berkaitan:

Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang berlangsung tiga hari sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 196 perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.

Terdahulu, Anwar merasmikan Majlis Penutupan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara di pentas utama tapak pesta itu, yang diadakan bersekali dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!