Bajet RM30 juta untuk Yeop

Ahmad Faizal serta Nia Adyana sempat meluangkan masa pada sesi temu bual berkenaan.
Ahmad Faizal serta Nia Adyana sempat meluangkan masa pada sesi temu bual berkenaan.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) menerima tajaan berjumlah RM30 juta bagi mempersiapkan Perak dan PKNP FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) 2019.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kesemua peruntukan itu adalah tajaan syarikat swasta dan bukan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut Ahmad Faizal, bajet yang dimiliki itu juga menyaksikan pihak kerajaan negeri tidak perlu lagi mengeluarkan jumlah perbelanjaan besar seperti sebelum ini.

"Kita dah buat perkiraan bajet Perak dan juga PKNP FC. Alhamdulillah banyak pihak swasta yang membantu dan ini membuatkan kerajaan negeri tak perlu keluarkan belanja yang banyak seperti sebelum ini.

"Dengan bajet RM30 juta ini juga kita mampu biayai pasukan termasuk pemain import," katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian pada sidang media hari ini sempena program temu bual Perak FM bersama tetamu jemputan, Atlet e-Sports, Nia Adyana.

Sementara itu Ahmad Faizal mengumumkan majlis pengenalan pemain serta pelancaran jersi baharu skuad The Bos Gaurus itu bakal berlangsung pada 26 Januari ini di pekarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Justeru katanya, orang ramai khususnya penyokong bola sepak Perak diharap dapat hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan anjurkan juga karnival pada tarikh berkenaan dan pelbagai acara menarik disediakan kepada pengunjung," katanya.