X

Kindly register in order to view this article
!

Ropie ketika menjadi panelis Wacana Sinar, kelmarin. - Foto MOHD IZARI ROSLI
A
A

SHAH ALAM - Karakter Pak Kodi menerusi sitcom JKK begitu mencuit hati dan bersahaja, namun siapa tahu figura sebenar di sebalik watak itu yang pernah mengalami kemurungan.

Pelawak popular, Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin berkongsi pengalaman hampir tujuh tahun itu yang dianggap sebagai cabaran serta ujian terbesar dalam kerjayanya sebagai pelawak.

Menurutnya, ketika itu beliau diuji dengan masalah rumahtangga sehingga membawa kepada perceraian namun pada masa yang sama masih perlu menghiburkan peminatnya.

"Bayangkan sebelum itu saya tinggal sebumbung dengan isteri dan anak-anak. Kami enam beranak tiba-tiba semua hilang, anak-anak semua ikut bekas isteri dan tinggal saya sendiri.

"Saya jadi murung, jiwa kacau, sunyi tapi pada masa yang sama saya masih pergi kerja walaupun tak fokus. Itu pengalaman paling teruk," katanya.

Ropie (kanan) bersama panelis lain, Sabri dan Ali serta moderator, Norzizie selepas Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf, kelmarin. - Foto MOHD IZARI ROSLI
Ropie (kanan) bersama panelis lain, Sabri dan Ali serta moderator, Norzizie selepas Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf, kelmarin. - Foto MOHD IZARI ROSLI

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Siri ke-150 bertajuk Transkrip Wacana Cabaran Pelawak: Dahulukan Rezeki atau Emosi? di Dewan Karangkraf di sini semalam.

Wacana yang dimoderatorkan Ketua Pusat Pengajian Teater Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Norzizie Zulkifli itu turut menampilkan dua lagi panel iaitu Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019, Ali Puteh dan pengarah serta pelawak, Sabri Yunus.

Bagaimanapun, Ropie berkata, dia berjaya bangkit semula kerana sedar tugasnya sebagai pelawak adalah satu tanggungjawab besar dan tidak boleh disia-siakan.

"Jadi apabila ada masalah timbul, saya akan pastikan diri bertenang dan perlu teruskan tugas hakiki untuk melawak. Saya pegang prinsip perlu profesional dan kena siapkan kerja sampai habis kerana saya dibayar untuk melakukannya.

"Saya tiada rahsia atau tip tertentu untuk kekal relevan. Apa yang anda lihat, karakter saya begitu semuanya terjadi secara spontan dan saya menganggapnya sebagai rezeki serta bersyukur kerana masih terus diterima walaupun kini semakin ramai pelawak baharu muncul," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!