Calon PH lancar manifesto, garis lima inti pati

Lima tawaran manifesto Sock Tao untuk rakyat Kuala Kubu Baharu menjelang PRK pada 11 Mei ini.
Lima tawaran manifesto Sock Tao untuk rakyat Kuala Kubu Baharu menjelang PRK pada 11 Mei ini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menggariskan lima inti pati dalam manifesto bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei depan.

Lima tawaran itu meliputi ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan, dilancarkan pada Ceramah Mega Perpaduan di Bandar Utama Batang Kali di sini, pada malam Jumaat.

Bagi aspek ekonomi, Sock Tao yang juga anak kelahiran Ampang, Selangor bertekad untuk merancakkan aktiviti ekonomi berteraskan pembangunan industri di Hulu Selangor, pelancongan tempatan dan keusahawanan.

Inti pati kemudahan pula membabitkan tawaran menambah baik sistem pengangkutan dan kemudahan awam serta meningkatkan kelajuan internet.

Tawaran bagi alam sekitar dan rekreasi pula, calon berusia 31 tahun itu ingin memastikan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar, selain menceriakan kehidupan rekreasi warga tempatan.

Bagi aspek warisan dan budaya, Sock Tao bertekad melancarkan inisiatif-inisiatif untuk memulihara dan mengangkat warisan dan budaya Kuala Kubu Baharu.

Tawaran terakhir melibatkan kesejahteraan rakyat dengan menjaga kebajikan mereka agar tiada yang terpinggir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: