Warga emas nyaris maut digigit tikus

Tikus menggigit dua jari warga emas itu ketika mangsa cuba menarik keluar haiwan berkenaan dari tandas. Gambar hiasan 123RF
Tikus menggigit dua jari warga emas itu ketika mangsa cuba menarik keluar haiwan berkenaan dari tandas. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

MONTREAL - Seorang lelaki berusia 76 tahun nyaris maut selepas digigit seekor tikus yang ditemui bersembunyi dalam mangkuk tandas di rumahnya di Montreal, Kanada.

Semasa kejadian lelaki yang tidak didedahkan identitinya dikejarkan ke hospital selepas tikus menggigit dua jarinya ketika cuba menarik keluar haiwan itu dari tandas.

Setibanya di hospital, dia diberi suntikan tetanus oleh doktor sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya.

Bagaimanapun selepas 18 hari, lelaki itu kembali semula ke hospital sama kerana didapati mengalami demam teruk, sakit kepala dan perut selama beberapa hari.

Walaupun luka akibat gigitan tikus didapati sembuh sepenuhnya, doktor yang memeriksanya mendapati degupan jantungnya berdegup kencang.

Kemudian doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.

Dia dikejarkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana mengalami beberapa kegagalan organ.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: